Tuesday, April 21, 2009

Testing

Monday, April 20, 2009

My New Home...

Sila ke http://sayangibu-myprecious.blogspot.com/

Terima kasih...



Saturday, April 18, 2009

Afundi Ainin.. ;p

Ahaaa... Kalian.. Sebagaimana entri YangIni , aku suka-suka masukkan Ainin kan dalam pertandingan baby contest anjuran Mama Aqish. Selain aku, Mommy Lina pun join untuk BabyFahry yang kiut tu... Jadi, kalian vote lah untuk baby kesukaan korang kat SINI. Ada ramaiiiiii sangat baby yang comel-comel join contest nih. Pemenang akan dipilih seorang dari baby girl dan seorang dari baby boy. Silalah afundi (Ainin & Fahry) yer.... ahaksss.......;p

Friday, April 17, 2009

Siapa Yang Layak?

Cikgu-cikgi yang terpilih biasanya akan dapat APC setiap tahun. APC = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tu bukan laa kenaikan gaji. Tapi siapa yang dapat akan diberi RM 1k sebagai ganjaran perkhidmatannya yang dinilai CEMERLANG pada tahun itu oleh incik Guru Besar, yang kemudiannya akan dinilai pula oleh pihak PPD. Dulu... siapa dapat APC boleh menikmati lonjakan kenaikan tangga gaji. Tapi itu BOS BESAR (siapa itu???) sudah bijak... lebih baik bagi 1k, dari bagi lonjakan gaji, sebab..itu 1k skali bagi ajer, tapi lonjakan gaji..tetiap bulan sampai pencen kena bagi.Biasanya kan.. cikgu-cikgi yang baru berkhidmat toksah laa berharap sangat dapat APC nih. Yelah... kalo cikgu baru yang dapat...samada ko memang CEMERLANG tahap dewa-dewi (tak tau laa ada ke tak kes gini ekkk???) @ mungkin GB ko tu sayannngggggg giler dengan ko...hahahhaaa..... Tapi kalo memang ko yang baru dapat APC nih, alamat bernanah laa telinga ko dengan cacimaki sindiran manjer orang-orang lama.....kahkahkahhhhBiasanya, orang-orang lama..yang dah berkhidmat lebih 5 tahun yang akan dapat APC nih. Tapi kalo ko dah berkhidmat LEBIH 10 tahun pon tak pernah dapat...huhuhuuuu...sendirik mau ingatlah....Jadi, APC untuk tahun lepas dah diwar-warkan oleh GB bulan lepas, siapakah pemiliknya. Sekolah aku ada 4 orang yang bertuah. Dua lelaki, dua pompuan. Alhamdulillah murah rezeki... Eh... sebelum tu, aku nak bagitau..aku TAK dapat yer....ahhahahaaa....kalo aku dapat, boleh laa aku beli handbag baruYang aku nak kisahkan kat sini, telinga aku ni pun dah naik bernanah mendengarkan umpat-keji orang-orang yang dapat dan tak dapat nih. Dah sebulan lebih beb, APC tu diumumkan... takkan laaaaa tak abih-abih lagik korang nak bercerita KREDIBILITI orang yang dapat tu??? Derang tak puas hati bila cikgu lelaki yang dapat tu. Kononnya...yelah, cikgu-cikgu lelaki tu bukannya buat keje hape pun. Kononnya GB tu bias lah... suka sangat nak naikkan orang lelaki. Yelah...aku akui lah kan...dalam soal KERJA nih, memang cikgu-cikgi pompuan yang mendahului. Apa-apa tugasan yang beso memang lah cikgu pompuan yang dapat. Ingat lagi tahun lepas, berapa ramai cikgu pompuan yang preknen (termasuk aku) tapi dengan perut memboyot tu, tak kisah ke hulu-ke hilir buat keje..jalan macam lipas kudung...hahahhaaa...Tapi kan... bila di pikir-pikir balik, aku rasa...kot nak mengumpat-keji pun...sehari dua tu dah laaaaaaaa. Toksah laaa berpanjangan sampai ke hari ni pun aku masih bersantap dengan umpatan yang sama. Come on beb.....Aku rasa..daripada kita pening-pening kepala pikirkan APAKAH KERJA orang yang dapat APC itu, lebih baik kita pikirkan KENAPA kita yang konon-konon sangat berdedikasi buat kerja ni tak dapat. Muhasabah diri... di mana silap kita? Tak payah duk pikir..sapa sebenarnya yang layak. Esok-esok kalo korang jadik GB, barulah korang pening-pening pale pikir sape yang layak. Sekarang nih tak payah...terima jek laaa keputusan yang ada. Pada aku, itu.. REZEKI orang okeh. Mungkin dia tak banyak buat keje, tapi bila dia buat keje, dia IKHLAS nawaitunya. Tapi kita... yang banyak buat keje nih, terlupa nak ikhlaskan diri. Aku kan sejak KesIni, aku dah malas nak amik port. Tadi..bile dah habis dengo umpatan orang-orang itu, aku simpulkan kat derang..."alahhhhh...dah rezeki dia agaknya...rezeki kite lom sampai lagik..tahun nih kot..."sebelum mengundurkan diri.Aku terpikir...kalo lah aku yang dapat agaknya.... alamat bertambah laa PAHALA aku agaknya...kuikuikuiiiiiiii....Jadi kan...kesimpulannya di sini, setiap orang ada rezeki masing-masing. Kalo hari ni, orang lain yang dapat rezeki... kita tak dapat, redha sajalah. Mungkin belum masanya untuk kita. Perlu percaya rezeki itu kan anugerah Allah. Allah maha Adil..insyaAllah suatu masa nanti..rezeki kita akan sampai juga. Tak perlu kita dengki dengan rezeki yang bukan rezeki kita. Dengki, irihati itu kawan-kawan Syaitan. Jadi perlukah berkawan dengan Syaitan??? Muhasabah diri ye kawan-kawan... Pesanan dan ingatan untuk diri aku juga, Semoga tidak tergelincir dari landasan LRT pegangan hidup.... :)

Thursday, April 16, 2009

9 Orang Saje...

Pagi ni aku masuk kelas Tahun 2. Ahaaaa... ada 9 orang saja yang datang, lagi 21 orang tak hadir!!!!!!!!

Apakahhhh???????? Hehehheee.... jangan panik... keadaan ini memang dah dijangka dari minggu lepas. Sekolah agama berdekatan mengadakan majlis Maulidur Rasul pada sebelah pagi. Lebih dari separuh keseluruhan murid-murid sekolah ini yang bersekolah agama di sekolah tersebut. Jadi pastinya mereka berkobar-kobar nak ke sekolah agama lah kannn. Buat pertama kali, aku rasa sekolah aku nih sunyi je... Almaklum dari jumlah 448 orang murid, hanya SUKU sahaja yang hadir. Aku guru bertugas minggu ini. Masa bercakap kat perhimpunan pagi tadi pun...alahaiii....rasa macam bercakap dengan satu kelas sahaja..kuikuikuiii...

Hari ni, aku tak banyak kelas. Cuma kelas Sains tahun 2 nih, dengan kelas Pendidikan Moral yang memang muridnya cuma 2 orang...

Bila murid tak ramai macam ni, tidaklah cikgi mengajar.. bagi latihan topik lepas sajalah. Jadi bolehlah aku berblogging siapkan soalan Pra-UPSR yang belum siap lagi 2 set...ahahhahaa..

Wednesday, April 15, 2009

The Picture Of You...

Hari ni aku mengemas-ngemas fail-fail gambo yang tak berapa tersusun dalam hard disk aku nih.. Almaklum bile semuanya dah main digital nih, memang dah lama laa asik humban jek semua dalam folder 'my picture'. Dah lama jugak aku tak mencuci gambo... iskkk.. Nak juga cuci.. tapi kan.. Kalo cuci, macam terbiar sepi jek gambo-gambo tu dalam album kannn... Tapi kalo tak cuci tak ada kenangan terindah yang nyata dalam genggaman pulak...gegeggee... Macam gambo-gambo Aina yang aku cuci sikit dulu.. Bila nak tengok gambo, bukak laptop jugak... hehehee... Gambo Ainin sejak lahir belum ada yang ku cuci satu pun. Alaaa..macam Aina dulu pun, dah umo setahun baru ku cuci sampai beratus-ratus keping beb...huahuaahuaaa....

Dan dalam pada aku menyusun-nyusun gambo dalam folder tuh..aku terjumpa 3 keping gambo yang telah di touch-up oleh seorang teman tapi mesra ku. Gambo nih ala-ala paint lahhh. Tapi cantik okehhhh... Maksud aku bukan aku prasan cantik okehhh..kahkahkahhhhh...gambo nyer di edit cantik...;P Korang tengok laaa.......








Cantik takkk???????? Emmm... Korang...cuba korang teka baby cumil dalam gambo tu Aina Suraya kah atau Ainin Sofiya???? hehehehee..........

P/s..eh..korang nampak ke kesan paint tu??? Kalo tak nampak, klik kat picture kasik beso lah yer...:)


Tuesday, April 14, 2009

"Kenapa cikgu jadik CIKGU???"...

Ermmm...pagi tadi, ketika beramas mesra dengan anak-anak murid ku, aku telah ditanya, "Cikgu...kenapa cikgu jadik cikgu???"....
Ahahhahaaa... soalan yang membuat aku tersenyum panjang sebelum menjawab. Apa jawapan aku?? Semestinya jawapan yang memotivasikan anak-anak murid ku lahhhh...

Tapi...bila aku renungkan kembali soalan mudah itu.. sebenarnya terlalu berliku-liku perjalanan hidup aku sebelum aku mempasrahkan diri dalam arena pendidikan ini. Sesuatu yang ingin sekali aku kongsikan dengan kalian.

Kenapa aku menjadi seorang cikgu a.k.a guru. Yang pastinya ia bukanlah kerjaya pilihan sewaktu zaman persekolahanku dari kecik hingga beso. Masa kecik... bila ditanya tentang kerjaya pilihan...aku akan memberi jawapan tipikal anak-anak dari dulu hingga sekarang...
"Saya ingin menjadi... doktor... akauntan ....dannnnnn......" ahaaaa....aku pernah nak jadik pramugari okehhhh...dek kerana pengaruh cerita CHIAKI waktu itu... Yaaa...sila gelakkan aku...hahahhahaaa.....lihatlah pengaruh TV kepada anak-anak ya kaliannn...

Kemudian.. di universiti, aku mengambil jurusan Kimia Gunaan. Berhempas-pulas, lintang-pukang hingga mendapat degree..melayakkan aku menjadi seorang Ahli Nujum Kimia a.k.a Chemist. Kemudian 2 tahun lebih bergelumang dalam makmal mencipta BOM nak musnahkan bos kedekut..kahkahkahhhh di kilang elektronik dan juga kilang tepung... Kerja,kerja dan kerja... opis hour yang menyebalkan. Hujung minggu pun bantai ke kilang bila ada raw material baru masuk kilang sampai tak boleh p dating. Tension sebab keje lebih masa, overtime tak boleh claim...apakahhhhh????? Bila hidupku hanyalah untuk kilangku dan makmalku... maka aku mula memikirkan apakah aku akan sibuk macam nih kalo dah kawen nanti??? Macammana nak urus suami dan anak-anak??? Ditambah pula dengan rungutan AYAH yang setiap kali jemput aku balik kerja, mesti bising-bising aku bau 'chemical'. Dalam bising-bising itu, sibuk suruh aku mintak cikgu. Dek kerana influence dari ayah, ditambah dengan ketidaksanggupan aku untuk menjadi a very-the-busy-working-mom, maka aku mula berpikir-pikir untuk menjadi seorang CIKGU.

Dan akhirnya..aku berjaya mencelahkan diri di antara hampir 6000++ calon yang memohon waktu itu, untuk masuk ke maktab. Yaaa....harus ku akui, aku hipokrit ketika permulaan ingin menjadi seorang cikgu. Masa itu, hanya membayangkan...seronoknya kerja separuh hari, hujung minggu yang free dan cuti sekolah yang panjang di samping gaji dan elaun yang lumayan berbanding pendapatan masa bekerja kilang dengan jawatan gempak...Chemist..ahahhaaaa...

Namun...bila kedua-dua kaki sudah melangkah ke dunia pendidikan...persepsiku mula seratus-peratus berubah. Saat pertama kali menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia' beramai-ramai sewaktu orientasi di maktab, bergenang air mataku, berdiri bulu romaku. Terasa besarnya tanggungjawab yang bakal ku pikul.

Dan apabila jawatan GURU itu sudah sah di tangan... Apabila pertama kali berkhidmat di sekolah, merenung bening mata anak-anak kecil yang dahagakan ilmu... ternyata jawapan aku untuk soalan "Kenapa aku menjadi Cikgu" sudah berubah. Bukan lagi kerana pesona kerja separuh hari, cuti sekolah yang panjang atau gaji yang lumayan....

Aku menyedari aku telah jatuh cinta pada kerjaya ini, apabila pertama kali dipanggil "Cikgu". Kerjaya guru menuntut komitmen yang tinggi juga pengorbanan yang besar, bukan hanya masa, tenaga malahan wang ringgit. Kami guru bukan hanya mengajar, tetapi mendidik anak-anak menjadi insan. Kalau pun tidak semua yang menjadi ,menteri, doktor, jurutera, akauntan atau ahli kimia... semoga mereka boleh menjadi INSAN yang teguh jati diri dan bertanggungjawab. Mengajar mungkin semudah ABC...tetapi mendidik tidak semudah itu...

Aku menjadi cikgu kerana aku ingin mendidik anak-anak bangsaku. Nampak patriotik sangatkah jawapan aku?? Memang patriotik...tapi itulah yang ada dalam hati dan jiwaku kini...Semoga niatku dipermudahkanNya.

Kalian... cuba fikirkan kenapa kalian menjadi apa yang kalian kerjakan sekarang??? ;)